Kehidupan selepas Miss World Giselle Laronde

Setelah memenangi Miss World beliau menggunakan wang hadiah untuk belajar di Kolej Goldsmith, Universiti London[4] di mana beliau melengkapkan ijazah dalam bidang sosiologi dan Komunikasi. Laronde-West dianugerahkan Chaconia Medal dan memiliki sebuah pesawat BWIA yang dinamakan sempena beliau. Beliau berkahwin dengan Heathcliff West dan dikurniakan dua anak lelaki, Kye West dan Kristof yang sebelum ini belajar di Fatima College. Beliau terus tinggal di tanah airnya Trinidad & Tobago di mana beliau menjadi Pengurus Komunikasi Korporat di Angostura Ltd.